xoxo;
STORIES PROFILE LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW HOME

Paparazzi - Episode 2 Part 3
"Che-Chanyeol!" kata Dara, cuba melepaskan tangannya dari genggaman Chanyeol.
"Ke-kenapa kau pukul Kris tadi? Kalau dia cedera macam mana?!" jerit Dara, masih cuba melepaskan tangannya. Chanyeol menarik nafas panjang.

"Asal kau masih nak risau pasal Kris lagi? Kau, tak malu ke? CL dan jatuhkan maruah kau." tengking Chanyeol kembali. Dara terkejut. Ya, tak pernah lagi Chanyeol menengking dia macam tu. Malahan, betul2 di hadapan mukanya, Chanyeol menengking.
"Chanyeol, tadi kau sendiri yang kata. Jangan malu. Sebab, kita tak buat salah." kata Dara. Chanyeol menarik nafas panjang.
"Kau, dengar cakap aku kan? So, kali ni pon kau kena dengar. Jangan mengalah. Jangan mengalah dengan CL. Jangan bagi CL jatuhkan maruah kau lagi." kata Chanyeol. Dara tidak menjawab. Matanya sudah merah.
"Kau kuat Dara. Kau kuat. Kau tak menangis pon masa ayah kau meninggal. So kenapa kau nak menangis sebab perkara yang remeh macam ni?" tanya Chanyeol sambil memegang kedua2 bahu Dara.

Yeap, Dara memang tak menangis bila mengetahui Ayah dia, Encik Park meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Dia cuma mengelamun.

Dara tak dapat menahan tangisan dia lagi. Lalu dia memeluk Chanyeol. Chanyeol terkejut.
"A- aku memang nak menangis. Tapi aku tak boleh. Apa yang kau cakap tadi, memang sama dengan apa yang ayah aku cakap sebelum dia meninggal. Dia kata aku memang kuat. Aku tak boleh nangis walau apa pun yang terjadi. Sebab tulah, aku tak menangis masa... Hari ayah aku meninggal tu. Aku nak ayah aku percayakan aku. Aku taknak ayah aku risau dekat sana. Tapi hari ni... Aku dah rosakkan segala2nya." kata Dara lalu menangis dalam pelukan Chanyeol. Chanyeol menarik nafas lalu memeluk Dara kembali. Dia mengusap rambut Dara yang bewarna coklat kemerahan itu.

"Menangislah, Dara. Kau pon manusia. Mana boleh tak menangis?" kata Chanyeol sambil tersenyum. Dara menarik nafas lega apabila dia telah meluahkan perasaan pada seorang kawan, kawan baik. Hm, mungkin lebih daripada kawan baik. Kawan extra baik. Tanpa mereka sedari, sepasang mata yang memang dari tadi telah memerhatikan mereka. Dia mengikut mereka untuk balas dendam tapi, apa yang dia telah lihat tadi memutuskan segala seleranya untuk membalas dendamnya.


 Di hadapan rumah Chanyeol...

"Dara, lap lah mata tu. Mata kau merah. Kau nak mak kau tanya apa2 nanti, ke?" kata Chanyeol. Dara mendongak. Chanyeol tu dah macam tiang lampu dekat Sungai Han dah. Tinggi gilo. Dara tersenyum lalu mengelap matanya dengan kuat dan laju.

"Woi! Pedih la nanti!" kata Chanyeol lalu memegang tangan Dara. Dara terdiam.
"Dah la, jom masuk." kata Chanyeol lalu menarik Dara masuk kedalam rumahnya.


"Dara! Kamu okay tak ni? Ada orang cederakan kamu ke?" kata Puan Park selepas menyerbu mereka berdua. Dara mengangguk.
"Kesian kamu berdua. Tak buat apa2 tapi kena tuduh tidur sama2." kata Puan Kim sambil menggelengkan kepalanya. Dara dan Chanyeol kedua-duanya tersenyum.
"Cheondung dengan Shinhye tak balik lagi?" tanya Dara kepada kedua2 orang yang berumur lebih kurang separuh abad itu.
"Ish kamu ni. Kamu berdua kan balik awal. Kenapa diorang dah balik pulak?" Kata Puan Park sambil tersenyum.
"Dah la, pergi naik. Tukar baju lepas tu turun. Makan ringan2 je. Waktu makan tengahhari pon belum lagi." Kata Puan Kim lalu menepuk2 bahu Chanyeol dan Dara. Mereka berdua tersenyum lalu naik ke tingkat atas.

Di dalam bilik Shinhye....

"Such a tiring day." kata Dara lalu baring di atas katil Shinhye. Tiba2 dia teringat akan sesuatu lalu bangun dengan cepat dan menuju kearah begnya. Dia mengeluarkan sebuah kotak empat segi kecil lalu duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan meja belajar Shinhye. Lalu dia membuka kotak itu. Dia mengeluarkan beberapa helaian surat khabar yang dia telah gunting.

Lalu dia mencari2 sesuatu. Tiba2...

"Woi Dara! Jomlah tu-" ayat Chanyeol tergantung apabila melihat Dara cuma memakai kejam lengan panjang itu tanpa blazer. Lalu cepat2 menutup pintu. Dara terkejut. Dia menuju kearah pintu dan membukannya.

"Kau dah kenapa ni? Nak cakap apa?" tanya Dara lalu membuka pintu luas, membenarkan Chanyeol masuk. Chanyeol tergagap2. Dara pelik. Tiba2 dia teringat akan sesuatu. Ya! Helaian2 surat khabar itu! Dara cepat2 menuju kearah meja belajar Shinhye dan menyimpan helaian2 surat khabar itu didalam kotak kembali. Diabaru sahaja hendak menarik nafas lega tetapi tiba2 Chanyeol berdiri di sisinya. Dia terkejut lalu terduduk di atas kerusi.

"What the hell, Park Chanyeol?!" Dara menjerit kecil. Chanyeol tersengih.
"Kau.. Sorok apa tadi?" tanya Chanyeol. Cuba merampas kotak itu daripada Dara. Serta-mert kotak itu terlepas dari tangan Dara kerana Chanyeol tu memang kuat orangnya.

"Hei! Bagi balik!" jerit Dara dan cuba mendapat kan kotak itu kembali. Dia melompat2 kerana Chanyeol mengangkat tinggi kotak itu. Tiba-tiba Chanyeol tersandung. 

Oops~

Awkward.

Dara terkejut apabila badannya berada di atas badan Chanyeol. Dara cepat2 bangun dan membetulkan rambutnya. Chanyeol tersenyum, masih tidak bangun lagi daripada katil Shinhye.

"Sengal lah kau! Apesal senyum2 pulak?" tanya Dara, geram.
"Hahahahaha." ketawa Chanyeol sambil bangun daripada katil itu. Lalu dia membuka kotak yang berada di tangannya. Dara terkejut.

"Kerja Sambilan?" tanya Chanyeol sambil memegang helaian surat khabar itu. Dara mengeluh. Dia tahu dia tak dapat mengelak daripada Chanyeol, sebab mereka sudah tinggal satu rumah, dan sekolah mereka juga sama. Dara mengeluh lagi sekali lalu duduk di atas kerusi. Berhadapan dengan Chanyeol. Chanyeol menunggu penjelasan Dara.

"Chanyeol, aku nak cakap ni. Tapi please? Jangan bagitau dekat orang lain, okay?" kata Dara sambil membuat 'puppy face'. Chanyeol tak dapat mengelak daripada bersetuju.

"Chanyeol, aku kena buat. Aku kena buat kerja sambilan ni. Aku taknak tinggal serumah dengan kau free2 je. Lagipun takkanlah selama2nya aku nak tinggal dengan kau? Yuran sekolah, aku dengan Cheondung. 3 bulan aku tak bayar2 lagi. Takkanlah tu pun nak mintak tolong orang lain? So, aku tengah sedaya upaya mencari kerja sambilan. Aku nak menampung keluarga aku." kata Dara sambil melihat tepat kearah Chanyeol. Riak wajah Chanyeol masih tak dapat dikenal pasti.

"Dara.. Apa salahnya kalau kita tinggal sama2 sampai bila2? Tak kisah pun, tak payah bayar." kata Chanyeol. Dara mengeluh.
"Aku kena. Dan walaupun aku tak bayar sewa rumah kau, aku tetap kena bayar yuran sekolah. Kau nak ke aku kena kick dari sekolah tu? Lagipun, mak aku tak kerja. So, no reasonlah untuk aku tak tampung family aku, kan?" Kata Dara.

"Chanyeol, kau boleh tolong aku kan?" tanya Dara. Chanyeol mengeluh. Rasa bersalah pon ada.
"Fine, tapi dengan satu syarat." kata Chanyeol. Memandang tepat kearah Dara. Dara menjongketkan keningnya.
"Kau, kena jadi girlfriend aku." Dara terkejut. Mulutnya terlopong.
"Che-Chanyeol.." ayat Dara tak disambung. Chanyeol tersengih.
"Ok, kalau macam ni. Kau sediakan je barang2 keperluan untuk temu duga. Kita pergi satu tempat lepas sekolah esok, okay?" kata Chanyeol lalu mengelipkan matanya kearah Dara. Tiba2~

"Chanyeol, Dara! Mari makan buah~" jerit Puan Kim.
"Ya omma~ Chanyeol turun." kata Chanyeol lalu keluar dari bilik Dara.

~TBC~

Written by me at 6:54 AM | 0 XOXO{s}