xoxo;
STORIES PROFILE LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW HOME

Paparazzi - Episode 2 Part 2
"Ch-Chanyeol.." kata Dara. Matanya sudah mula berair. Chanyeol pula cuma senyap tak terkata. Tiba2 3 orang murid perempuan mendekati mereka berdua.

"Hey, pelacur. Cikgu Changmin nak jumpa." kata salah seorang dari 3 orang murid perempuan itu. Ya, Hyuna. Memang kurang ajar mulut dia tu.
"Ke.. Kau cakap apa dekat Dara tadi?" tengking Chanyeol lalu memegang collar Hyuna. Kawan2 Hyuna, Jiyeon dan Areum, cuba untuk melepaskan Hyuna daripada genggaman Chanyeol.

"Chanyeol.. Dah la tu." kata Dara lalu menarik lengan Chanyeol. Chanyeol tercungap2 menahan marah lalu menarik lengan Dara pergi ke bilik guru.



Sampai di bilik guru..

"Chanyeol, Dara.. Cikgu tak sangka yang kamu berdua akan buat macam ni.." kata Cikgu Changmin sambil menggelengkan kepalanya.
"Cikgu, kami boleh jelaskan." kata Dara.
"Nak jelaskan apa lagi? Sudah terang lagi bersuluh. Dah ada gambar lagipun." kata Cikgu Changmin. Chanyeol mengeluh. Lalu dia meraba poketnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Cikgu, cikgu boleh telefon mak saya. Biar mak saya yang jelaskan semuanya. Kalau cikgu masih tak percaya, cikgu boleh buat laporan polis dan biar polis yang buat siasatan. Kami berdua takkan berhenti sekolah hanya sebab benda yang kami tak buat. Cikgu, kami dianiaya." kata Chanyeol. Cikgu Changmin dan Dara terkejut dengan keberanian Chanyeol.


Selepas Cikgu Changmin bercakap dengan Puan Kim.. 

"Baiklah, Chanyeol,Dara." kata Cikgu Changmin sambil mengeluh berat.
"Cikgu tak tau sape yang sebarkan gambar ni, so cikgu akan buat pengumuman nanti, tentang khabar angin ni. Maafkan cikgu sebab cikgu pon tersalah faham." kata Cikgu Changmin. Chanyeol dan Dara mengeluh lega.
"Kamu berdua boleh keluar." kata Cikgu Changmin. Chanyeol dan Dara bangun dari kerusi dan menunduk hormat pada Cikgu Changmin lalu meninggalkan bilik guru itu..


"Sampai hati diorang buat rumor tu tanpa bagitau kita dulu?" kata Dara. Masih tak selesa sebab Cikgu Changmin masih tidak membuat pengumuman dan murid2 Double SM masih memandang mereka dengan pandangan yang.. Yang dia pon tak tau macam mana nak jelaskan.

"Entahlah Dara. Jangan lah malu. Kita tak buat salah." kata Chanyeol apabila melihat Dara asyik menyorok dibelakang bahunya.
"Mana tak malu!" kata Dara.
"Dah la Minzy tak datang hari ni!" sambung dia lagi.
"Kenapa dengan Minzy?" tanya Chanyeol.
"Kalau tak boleh la sorok dengan dia. Tak payah pegang2 kau lagi." kata Dara yang masih lagi memegang baju Chanyeol. Chanyeol tersenyum sinis lalu menepis tangan Dara daripada bahunya lalu memegang tangan kecil molek tu. Dara terkejut.

"Ye-Yah! Kau gila ke apa?" kata Dara cuba melepaskan tangannya dari genggaman Chanyeol. Chanyeol cuma tersenyum.
"Hoi, dah la ada rumor kita pernah tido sama2. Nak rumor apa lagi lepas ni? Dalam sekolah pulak tu! Siot je" kata Dara. Chanyeol tersengih. Tiba-tiba~

"Lah, sweet couple ni nak pergi mana bawak beg segala ni?" kata CL ditemani oleh Kris disebelahnya. Dara terkejut.
"Apa? Kitorang bukan swe-" ayat Dara dipotong oleh Chanyeol.
"SWEET COUPLE ni nak balik rumah." kata Chanyeol. CL tersenyum sinis.
"Taulah sweet couple, tapi belajar tetap kena." kata CL. Muka Chanyeol sudah merahmenyala. Apa yang membuat keadaan menjadi lebih teruk, Kris langsung tak menghiraukan 'teman wanita' nya yang sedang menaikkan kemarahan Chanyeol.
"Dah la Chanyeol. Tak payah layan perempuan murahan macam dia ni." kata Dara lalu menarik tangan Chanyeol untuk pergi dari situ. Tiba-tiba Dara tersandung.

"Aduh!" jerit Dara. Chanyeol terkejut lalu cepat2 membantu Dara bangun.

"Hah, ingatkan pandai sangat. Tapi careless." kata CL tersenyum sinis lagi.
"Dia dah terlebih pandai, tapi kau yang cari pasal pergi sandung kaki dia kenapa bodoh?" jerit Chanyeol mendekati CL. Muka CL berubah sedikit. Murid2 Double SM sudah mula berkumpul.

"Sekali lagi kau cari pasal dengan kawan2 aku," ayat Chanyeol tergantung lalu dia menghayunkan tangannya. CL terkejut.

"Aku akan pastikan tangan aku ni melekat dekat muka kau yang penuh dengan plastik tu." kata Chanyeol lalu menurunkan tangannya kembali. Tiba-tiba Kris menarik CL dan kini Chanyeol berada di hadapan Kris.

"Bro, tak mainlah ugut perempuan." kata Kris. Dara terkejut. Itulah kali pertama dia mendengar Kris bercakap. Bukan dengan sweet macam dalam lagu2 E-X-O, tapi dengan nada yang garang dan memang tak boleh diterima. Chanyeol tersenyum sinis.

"Bro, sanggup kau bela perempuan macam dia? Boleh tak kau nasihatkan sikit girlfriend kau tu? Supaya jangan kacau kitorang lagi?" tanya Chanyeol sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih itu.

"CL, dengar tak apa yang.." kata Kris lalu melihat kearah tag nama Chanyeol yang tertulis.. "박찬열". Lalu Kris batuk dengan sengaja.
"Dengar tak apa yang Park Chanyeol ni cakap tadi? Kali ni aku pulak yang nak bagi advice. Kau, masih budak sekolah. So, janganlah tidur sama2 lagi, tunggu dah kerja nanti. Barulah..." ayat Kris tergantung apabila penumbuk Chanyeol tiba2 menyapa mukanya. CL dan Dara menjerit. Murid Double SM terkejut lalu berbisik2 sesama sendiri.

"Kau, jangan berani nak cakap apa2 lagi. Kalau kau nak hidup lama, berhenti. Berhenti kacau kitorang." kata Chanyeol lalu menarik tangan Dara meninggalkan Double SM.



TO BE CONTINUE~


Written by me at 11:28 PM | 0 XOXO{s}